WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Friday, 16 October 2015

Cintaku yang Kudus.. dus dus



Bila usia dah 21 tahun dan lebih-lebih ni, aku melihat sekeliling aku seperti Instagram dan Facebook, kebanyakannya temen temen gue lagi berkongsi soal nikah, calon suami, calon isteri, suami idaman, isteri idaman, bakal zauj zaujah, hilang tulang rusuk kiri kanan dan tulang sum-sum lah kisahnya. Semua dah gatal nak kahwin sedangkan jodoh tu belum sampai lagi tapi semua dah gatal. Jenis gatal macam ni tak boleh garu, cuma boleh berdoa je jangan melarat. Sambil tu kena usaha jugaklah. Huhu

Kadang-kadang aku naik meluat tengok semua asyik cerita nak kahwin je. Nisbah lelaki perempuan 2:4 la 1:10 la. Sampai tahap aku rasa nak marahhh MARAH sebab aku orang Johor, dan orang Johor ni suka marah. Kenapa tak nampak macam orang Johor? Jadi kau nak aku junjung rimau Sultan tu kesana kemari ke? Atau nak aku masak mee bandung setiap kali nak marah?

Dulu aku banyak kawan lelaki, dan normal la, dah kawan-kawan suka, tapi suka sekejap setakat berhubungan teman tapi mesra (zaman tu tak panggil crush lagi). Depan kawan-kawan bersayang, tapi aku kau tetap maintain. Jadi itu dululah. Rentetan daripada berkawan dengan lelaki terlalu ramai sekarang aku spesis jalan solo ditinggalkan. Biasalah, lelaki bukan macam perempuan nak pergi
SHOPPING~
Tapi ada je spesis yang kuat shopping, pundan cuntuhnyu. apok apok dan nyah nyah tu. Makan hormon ke, plastic surgery ke dah jantinanya lelaki, bawaklah sampai ke mati. Aku tak rasa pun lelaki semakin bekurang kat dunia ni, cumanya banyak dah bawak diri ke jantina baru. Pengkid juga tak ketinggalan berhijrah ke jantina baru tapi pengkid ni tak buat plastic surgery lagi. Setakat yang aku tahu jela, aku tak pernah jumpa lagi. Kalau luar negara, mungkinlah ada. This is dunya ya sohabat, anything could happen.
Dengan lelaki ni, kena banyak menanamkan sifat sabar dalam soal berkawan dengan spesis mereka, contohnya kena tahan dibahan dan dikutuk kaw kaw sampai dah tertanam separuh badan dekat tanah. Mulut perempuan memang laser, tapi mulut lelaki kalau dia start membahan, bernanah hati beb, dia bukan laser, dia macam bazooka. Rapuh akak rapuh. huhu
Rentetan berkawan dengan lelaki jugaklah, selain ditinggalkan aku jadi geli bila ada lelaki cakap dia suka aku dan aku juga sangat suka membahan orang. Huhu nye hidup ni. Tapi hakak tak cakap semua lelaki macam tu, hakak cuma cerita pasal kawan-kawan lelaki hakak ni je. Kopahamlah cerita akak ni, ni bukan fakta hasil kajian, hakak bukan ahli psikologi.

Aku dah menolak seorang lelaki yang aku rasa baiklah untuk aku dan aku bagi alasan pada dia aku tak cukup baik untuk dia. huhuhu puih

Ingat aku cakap macam tu ke, ingat aku nak buat drama pukul 7-8 malam ke.
Aku cakap dia gila je. Lepastu adalah dia buat perangai merajuk. Orang merajuk ni selalu aku diam je, kang tiba-tiba dia mesej ke call ke aku tanya dah habis merajuk ke belum.

Aku paling tak suka bila orang tanya, kenapa taknak dia, kenapa tak suka dia macam dia suka aku. Lepastu akan keluar soalan objektif yang aku kena pilih.

A. Tak handsome
B. Tak macam lelaki idaman
C. Tak baik/perfect
D. Semua di atas

That was a stereotype of a thinking. Whenever a girl can't accept you, it's either you don't have the kind of looks she hoped for or you aren't attractive when you wearing long sleeve or not sado enough nak lipat long sleeve tu nanti. Basically it's about appearance. Same goes kalau boys tak accept girls, tak cantik, berjerawat, tak play sport macam dia, tak sporting. Oh if girls, there are always variety of reasons but when boys are not being accepted usually about appearance not appeal enough for the eyes of beholders. Menyampahlah stereotype mindset manusia ni.
Aku taklah kata aku special case or unique but i do believe i am unique. Huhuh

It's just if for me, i don't have specific-kind-of-guy yang aku nak kena suka. That feelings come naturally. It will come early or later. Macam tu la. If the girl like you then she will like you, if she does not, then it will never happen. Same goes to if a boy like you then he will like you if not then also the same la, never happen. Orang kita kata,

Sayanglah orang yang sayang kita.

If that so, love your family okay?
Why bother looking for love kalau nak sayang orang yang sayang kita, Allah sayang kita what? Still people go begging and looking for love not His. Sad but truth. Why?
Sebab kita manusia, kadang-kadang hati tu rasa macam perlukan seseorang nak melayan kita, dengar apabenda kita nak cerita. Sadly dik, akak nak cakap. No such perfect human can be with you as you wished. Sometimes, you have to endure everything yourself, heal yourself because in the end masuk kubur sorang-sorang jugak. Itulah yang selalu aku sumbat dalam kepala otak aku. Masuk kubur sorang-sorang. Yang mandikan esok, ahli keluarga jugak.
Still i survive, and i have to admit i do feel alone sometimes. Tambah pulak kerja jauh dari mak. I used to have ayah around tapi but no one stays forever. You have to go and let go.
Though sometimes, i forget Allah, late for his calls five times a day, forget him when i'm happy but still he gives me, protects me and forgive me.
Masa aku tersayang dekat seorang manusia yang tak dalam seumur hidup aku jumpa walau sekali, seronok mengenali insan aku lupa dia lagi. Tapi, tak pulak Allah terus balas tarik nyawa aku masa tu jugak sebab lupa dia. Small things like this, kita tak nampak, tapi sekecil-kecil perkara yang Allah kurniakan itulah sebesar-besar perkara yang mengingatkan kita pada dia.
Dan kelmarin aku tanya diri aku, kenapa sebagai manusia, aku boleh punya perasaan pada manusia yang tak pernah aku jumpa. Ada kakak yang aku sama-sama mengaji dulu ingatkan aku
"Cinta Rasulullah"

That came straight to my heart. No shield could help

Aku lupa cinta pada Nabi Muhammad. Indahnya cinta Allah dan kekasihnya pada hamba dan umat.

I stray too far. Getting back on track, trying to catch up some things i left.

Aku pun taktau dah berapa kali tersasar daripada landasan dan berapa kali aku cuba balik semula. Semua tu sebenarnya buat aku syukur. Betapa sabarnya Allah. Tak terus tarik nyawa aku, entah berapa banyak peluang aku dapat.

Still, people talking about everyone deserves second chance. Actually everyone worth every chance and every chance is worthy. Depend on how you treat the chances. It doesn't matter second third or fifth. You get the chance, don't waste it.

Point nya hakak nak cerita pasal ciri-ciri lelaki idaman, tapi setelah mengingatkan diri sendiri dalam post ni pasal Allah, rasa nak bentang sejadah. Okay jom turun perenggan baru.

Tak salah nak mengangankan seorang zauj dan zaujah tapi biarlah berpada, dah kalau 24 jam nak cerita dalam facebook kau suka yang macam atau yang macam tu. Kalau tak cerita pun, buat hint share post dari page "Rahsia Hawa" "Oh Bulan" "Alif Channel" yang pasal-pasal ala-ko-paham-sendirilah. Marilah nyanyi lagu Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia. Huhuhu



No comments:

Post a Comment