WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Wednesday, 30 September 2015

Kenapa bukan TESL


Belajar course TESL 3 tahun, praktikal dekat sekolah berbulan, tunggang terbalik pum pang pum pang layan budak, survive dengan elaun 600.00 sebulan untuk sewa, material, makan dan pelbagai lagi. 
Di pengakhirnya kerja pejabat yang amat-amat aku nak elakkan. Buat kerja-kerja yang aku tak suka, telefon orang,plan meeting orang, client dan zzzz....
Mereput tulang, mereput pinggang, mereput emosi bercakap dengan dinding hari-hari.
Tapi dapat bos suka cuti,
suka belanja makan, suka tanya aku macam mana,
suka buli aku, baya atok aku, hmmm
Lalu, nikmat tuhan yang mana kau dustakan.




Huhuhu selamat petang tawan-tawan. Saya di sini sedang merangka sejenis hmmm logo, hmmm logo untuk company saya. hmmm. saya cuma ada basic ICT tapi tak ada basic design, apatah lagi melukis, buat logo atau apebende jelaaa sebab dalam kepala aku cuma ada 

The name is Superlidi because the owner is Lidi

Kalau nak kreatif sikit, aku bayangkan jela, orang lidi tu menari ke memasak ke apa ke.

But seriously, nak buat orang lidi pun bukan senang tau, apatah lagi nak imagine kan dia jadi sebentuk orang lidi yang kelako dan kelako gila la. 


Tapi bos aku dia golongan warga emas. hehehe. jangan bagitau bos aku.
Lagi berusia, lagi banyak songeh dia. Jadi untuk memuaskan hati dia, aku pun sketch la beberapa jenis logo yang nanti dalam next entry la aku share sampai aku dapat siapkan satu logo . macam kronologi jugaklah pembuatan logo company. jeng jeng jeng
gila kau semua kene reject tau. sayu tak sayu la hati ni. 
Masalah bos aku ni, dia taknak faham.....

"bagaikan melukut di tepi gantang, begitulah aku..."

aku taktau designing, graphic....... tak! aku tak taktau taktau taktauuuuuu

Tapi dia selalu cakap

"Kita nak kerja ni, kenalah belajar, dah belajar senanglah nanti. Awak kalau pandai buat design ni semua, gaji awak lain tau"

Jadi aku bila dah dengor gaji lain tu. Semangatlah sampai ke tahap aku google "how to draw better". Dari a-z, tangan kiri yang dikatakan berbakat ni aku gagahkan untuk lembutkan sikit buat melukis. di mana, next entry nantilah aku share sketch aku. dalam masa 3 jam dekat office  ni, aku belajar melukis sensorang, dari mencangkung, terbaring, tonggeng, eh semualah. Sampai satu tahap aku buat tak jadi, aku baringkan monitor ni, aku tekap kertas atas monitor. puahahahah. bayangkanlah keadaannya macam mana.
Esok lusa, nak kena lesson lain pulak. adobe tutorial. Susah tau adobe ni, aku lagi suka picsart dekat hp aku. huhuhuhuhu



Kadang-kadang rasa nak berhenti sebab susah sangat tapi fikir-fikir balik, bila lagi nak belajar. Tak ada basic benda ni pun boleh belajar, usahalah kan. Mana ada belajar 5 minit melain kepala beso macam jimmy neutron tapi malangnya kepala aku sangat comel macam lisa surihatiawak. Planning lots of things in my head, but everything needs its start. It probably won't be great to certain who see but, you can't predict my future ain't yaaa. 

p/s : serious aku tak pandai melukis

No comments:

Post a Comment