WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Wednesday, 19 August 2015

Fresh graduate

Rasanya dah 3 bulan aku menganggur. Dan dah 3 bulan aku tamat belajar, masih lagi kategori fresh graduate ke? Sebenarnya taklah 3 bulan, haritu adalah kerja sekejap dekat kedai depan rumah ni tapi aku berhenti dengan alasan dapat kerja tempat lain. Much better. Kunun....

Sebenarnya bukan dapat kerja tempat lain tapi ada satu benda dalam kedai tu yang aku rasa aku tak sanggup nak buat, mencuci batu kristal dan jade. Dia adalah macam baca-baca masa cuci benda tu walaupun maksudnya bukanlah memuja agama buddha tapi hati dan iman aku...(iman ke) tak merelakan aku buat benda tu dan terus bekerja dekat situ tak kiralah walaupun aku berterus terang dan dia bagi aku kelonggaran untuk tak buat benda tu hati aku terus hilang nak kerja situ. Takdalah penat mana pun kerjanya. Setakat ngemas cuci nyapu tu aku dah biasa. Upah kerja pun aku tak heran, makan minum tido kt rumah. Jalan kaki je datang kerja. Kerja dekat kargo dulu lagi nak mampus. 24 jam pulak dekat cafe. 

Ada juga kawan-kawan islam kerja situ dan diorang semua cakap dorang dah buat kerja tu, mencuci dan membaca ayat macam mantera tu. Aku macam tak berani nak bagitau benda sebenar fikirkan nanti dia tanya habis kenapa kawan-kawan aku buat and aku kata aku takboleh buat. Aku macam tak mampu nak bagi jawapan apa. Fahaman manusia tentang agama ni masing2 Allah bagi lain-2. Tengok contoh yang pakai tudung, ya pakai tudung bukan tutup aurat. Tahu sendirilah kan. Yang tak menutup aurat pun satu lagi, selagi hatinya tiada dalam soal agama selagi hidayah tu bukan untuknya selagilah alasan untuk tidak menutup aurat tu banyak. 

Aku bukan seorang yang judgmental, baik orang alim. Kawan-2 sekeliling aku pun tak sempurna dan aku sendiri tak sempurna, tapi aku jadikan setiap kawan-2 tu cermin, kekurangan mereka tu satu pantulan untuk aku aku sendiri tak sempurna untuk hakimi kekurangan orang. Kadang-2 nak menegur kena caranya betul,santai takdalah mana-2 pihak terluka.
Macam tu lah keadaannya nak berhenti haritu. Nanti kawan-2 aku tu pulak serba salah nak berhenti ke apa kalau aku cakap benda tu salah jadi aku pun ambil jalan selamat
"Saya dpt tawaran kerja baru"
Jadi dua hari kerja kembali menganggur.taktaulah nak pegang title mana.
Penganggur, Penjagung, graduan segar.
Pilihkan untuk i please.

Macam-2 tempat kerja dah mintak, hantar resume. Mostly nak clerk, admin, engineer, guru tadika yang kriterianya kadang-2 aku tak tahan ada yang letak kriteria 
  • beriman
  • solat 5 waktu
SERIOUSLY? Macam mana aku nak ukur aku beriman ke tak? Beriman yang macam mana? Kenapa mesti letak kriteria beriman dalam mencari pekerja? Aku jadi was-was nak hantar resume
"Cukup beriman tak resume aku ni?"
Sampai ke tahap itu aku fikir. 
Atau 

mungkin majikan itu ada superpower boleh teka orang tu beriman ke tak dengan hanya melihat gambar passport aku? Dahi aku takda tanda hitam, maka aku tak beriman. *nangis tepi gas*

Aku dah patah hati nak mintak kerja sektor awam dan swasta ni semua tau. Putus cinta pun tak sesakit ini. HUHUHUHUHUHUHU
Kampung aku ni, nak cari pekerja yang permanent, boleh kerja lama eh selama-lamanya lah. Masalahnya aku takda plan pun nak kerja macam tu lama-lama. Aku nak kerja, kumpul pengalaman, cari duit sendiri. Masa SPM dulu, senang pulak nak cari kerja, dah DIPLOMA ni makin payah pulak.Eh, makin tinggi belajo memang makin susah nak dapat kerja. Kadang-kadang yang letak 

-minimum pengalaman bidang _______ 6 bulan, setahun, dua tahun

Kadang-kadang ada majikan merungut, susah nak dapat pekerja, cakap orang memilih kerja. Habis, yang takda pengalaman kerja kau taknak ambik. Apa salahnya ambik yang takda pengalaman, ajar dari a-m nanti n-z dia pandailah godek belajor sendiri. Kadang-kadang bila ada yang mintak kerja untuk 2 3 bulan sebab nanti nak sambung belajar, taknak ambik, nanti susahkan dia nak cari pekerja lagi. Habis tu, cuba fikir networking?
Kalau sorang ni habis kerja 2-3 bulan seperti yang dijanjikan, lepastu kau war-warkan dekat dia nak cari pekerja ganti dia boleh carikan kawan-kawan yang nak kerja boleh ganti. Why so hard? Sometimes, aku rasa both parties pun problem. Boss says this, workers say that, and fresh graduate macam kami yang jauh dari bidang yang dicari oleh boss pun menganga taktau nak buat apa, lepastu kena hambat dengan kata-kata "MALAS KERJA"
Ekonomi tenat, pasaran kerja pun tenat. Kadang-kadang bidang-2 pendidikan ni kriteria yang jadi demand buat aku pasrah, takut bila ada letak 
*BERIMAN
Tak percaya? carilah "guru tadika" atau "jawatan kosong guru tadika"atau "guru diperlukan" mungkin tak semua, tapi kalian akan jumpa. I just want to say this or maybe sing


Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

Apapun, kita berbalik pada Allah. Aku usaha , insya Allah aku usaha. Aku bukan spesis suka duduk rumah atau duduk diam setempat kecuali aku tengah malas. Macam sekarang, aku tengah malas nak fikir bila aku nak dipanggil temuduga. Jadi aku menyangkung depan laptop dan buatlah entry "Fresh Graduate" ni. Aku nak back to track, run and get sweat tapi haritu ..

"Mak, nak beli kasut sukan"
"Cuba tengok kasut maklang kau tu, kasut sukan dia kasi dekat anis haritu"
*buka almari, tengok kasut sekolah jenama SPAKO*
Pada mak, asal kasut design macam tu, kasut sukan. Aduhai mak aku yang comel. Rindu nak pergi sekolah. Time sekolah dulu, banyak part time aku buat, pasar malam, pergi game volleyball dapat elaun. Time sekolah dulu banyak duit dan banyak jugak duit mengalir keluar. Bila fikir balik, kalau aku simpan betul-betul duit aku dulu, boleh pergi haji dah. LOL



No comments:

Post a Comment