WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Monday, 15 June 2015

Tv dan adik-2ku

Anis arif dengan ayan ada satu pe'el yang sepesen. Dalam satu hari mereka kena tengok tv, tak kisahlah rancangan apapun yang penting diorang kena tengok tv biar cerita tak best pun akan jadi best untuk peminat tv sentiasa on seperti mereka. Seolah olah rumah ini sunyi tanpa bunyi tv. Pernah sekali masa cuti sekolah haritu diorang plan nak tengok tv sampai larut malam. Semua channel pun dah come to end. Unluckily, ada pasang Njoi dekat rumah so diorang buka tutor tv upsr. (See, channel yang diorang tak suka terus jadi suka)
Semalam aku marah diorang, aku bagi warning
"Harini jangan tengok tv, bukan benda pekdah pun engkorang tengok baik ngaji, baca buku, belajar, meh aku ajar bahasa inggeris"
So lepas solat maghrib, lepas diorang ngaji dengan atok, diorang bukak jugak tv. Aku duduk dekat dapur dengarlaj bunyi tv, aku pergi depan nak membebel la. Aku sampai depan aku tengok diorang bukak channel oasis, rancangan masa tu orang ngaji surah baqarah, belum sempat aku cakap, ayan lemparkan kata-2
"Kakngah jangan nak kata benda tak pekdah eh, kitorang dengar orang ngaji ni, mana lagi penting belajar bahasa inggeris ke dengar orang ngaji"
Sambil mengangkat kening senyum2

Malam itu aku tidur bertemankan airmata dek tertanam kata-kata ayan. Esok paginya aku cabut plak tv. Pertarungan aku dengan 3A diakhiri 1-1

1 comment:

  1. comel je perangai adik2. hehehe :D kalau kt rumah BV, takpasang tv memang senyap sunyi gilaaa. :3 adik2 slalu buat kerja dengan tv bukak. :D

    ReplyDelete