WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Wednesday, 24 June 2015

21 tahun

Di usia 21 tahun, aku perhatikan kawan-kawan aku kebanyakannya tengah serious dalam perhubungan. Perancangan nak kahwin, sayang separuh hari, separuh hari lagi makan, cinta sepenuh hati sampai takda ruang untuk penuhkan dengan ilmu allah yang terbentang luas atas muka bumi ni.
RAMAI
Sejujurnya ramai yang aku kira memang nak kahwin sangat tapi belum rezeki nak kahwin lagi.
Ramai juga yang menegaskan, di usia 20 an adalah waktu untuk kau serius dalam prhubunga, menitik beratkan makan minumnya pasangan.
MUNGKIN
1.hanya pendapat 2sen aku. Kemanisan yang mereka miliki sekarang akan pudar.
2.juga aku sebenarnya tak bersedia untuk menerima sebuah kenyataan "kau dah boleh kahwin sebenarnya"
3.aku taknak serius
4.aku terlalu banyak fikir sampai aku merasakan adanya hubungan shintewww ni sebenarnya mengarut. Ya memang mengarut pun.
5.aku dah puas bermain cinta dulu
Waauu. Aku bermain cinta.
6.cinta manusia ni tak boleh dipercayai
7.tak mampu memberi komitmen
9.korang tak perasan no 5 tak ada di atas
10.korang baru cek no 5 tadi kan? Sebenarnya no 8 yang takda.
Entahlah. Bosan nak jawab.
Kau takkan takda boyfriend? Kau taknak kahwin ke? Kau takda suka mana2 lelaki ke?
Eh. Kena ada boyfriend ke?
Eh. Siapa taknak kahwin? Benda baik kotttttttt.
Eh. Takkan takda,mestilah ada.

Cuma. Itulah. Kadang2 aku cakap mulut je follow the flow bilamana meronta jugak nafsu nak benda jadi seperti yang aku nak aku rancang. Life goals? Of course semua orang ada. I still want to re-phrase "let's follow the flow" though i don't really follow the flow let's just believe that i follow the flow.
Ya tuhan. Sebaik perancang hanyalah kau. Rahmatilah segala perjuangan aku semoga barokah.
Selamat malam sebuah impian :)

No comments:

Post a Comment