WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Wednesday, 7 January 2015

Matahari


Matahari bangunlah, indahkan hari ini.
Harini aku nak cerita pasal matahari, taknak bulan sebab aku dah setiap bulan didatangi bulan. lels. Sempena musim banjir ni,
amboi, musim banjir
aku ingin mendendangkan lagu matahari buat si mataharilah kan, takkan nak nyanyi lagu matahari untuk hujan. Kalau nak nyanyi lagu untuk hujan, kenelah mintak band Hujan atau air-air hujan (rangers) yang nyanyikan sebab diorang je yang ada sijil sah untuk nyanyikan lagu-lagu hujan. Kemudian, kalau nak nyanyi lagu untuk bulan kenalah tanya Broery Marantika sebab lagu bulan dia punya, tapi lagu bulan perempuan tak ada siapa yang buat lagi. Mungkin aku boleh gubah lirik untuk bulan perempuan?
Kerana banjir, sekolah buka lambat dan effect pada aku jugalah sebagai bakal guru praktikal (haktui) untuk memulakan sesi praktikal aku dengan lambat dan tak berjayanya. Dari 12 Jan bertukar kepada 19 Jan dan berakhir pada 8 May. Kalau tidak April dah tamat dengan cemerlangnya. Itupun kalau cemerlang.

Fitrahnya bulan dan matahari seringkali bertemu saat kesemua planet dan bulan berputar pada paksi sendiri dan mengelilingi matahari yang panas dan hot-nya lebih dahsyat daripada berita emma maembong putus dengan zizan . Matahari saja yang tahu betapa bekawahnya bulan di saat kita memuja keindahan bulan tapi tidak pada sinar mentari. Sekarang mentari tidak muncul, hujan yang muncul. 
Walaupun aku tak pernah mencuba untuk tan-kan kulit dengan sengaja di bawah sinaran mentari, aku tetap merindui saat aku menyidai baju di ampaian dengan ketiak yang berlecak kerana panas. Sekarang ni, sidai baju pun rasa duduk dalam air-cond.
Nak keluar pergi jogging pun malas, pasal sejuk sangat bila bangun pagi-2. Pukul 12 tengah hari macam pun 10 pagi. Rasanya sebulan dua ni dah boleh jimat elektrik sebab tak bukak kipas. gitcheww
Kalau sang matahari muncul, hadirnya cuma seketika kemudian disimbah bumi dengan percikan hujan yang nyaman kemudian aku pun tidur dengan lena, zohor ke asar, asar ke maghrib, maghrib isyak sekali, subuh masa duha. 
Walau muo tak banjir tapi, kesejukan hujan satu bumi rasa kayy.. Bumi dilimpah air dan menyejukkan tanah. 
apa aku cakap ni
Kawasan muo ada laut ye, air naik lepas tambak, tambak pun tak gunanya pun. Nasib baik giant muar tak masuk air, kalau tak giant tu jadi nobita. Dahlah doraemon takda.
Semoga bumi bertuah ini dilindungi Allah dan dilimpahi dengan 1001 keberkatan dan rahmatNya.

Matahari bangunlah, indahkan hari ini ini je yang aku tau, yang lain tak hafal.

Oh ye dah 2015. Aku tak ada azam lagi. Nampaknya azam aku untuk tidak berazam pada tahun 2015 dah berjaya. Tepuk sikitttt..



No comments:

Post a Comment