WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Wednesday, 14 January 2015


Malam ni rindu dekat mak. Aku dah rasa tak sabar nak habiskan praktikal, nak balik kampung melayan adik-2, dengar mak bercerita, dengar mak gelak, mak marah mak membebel. Baru sehari sampai Klang dah mula rindu dekat mak. 2 bulan cuti macam dah habis belajar, hari-hari tengok mak, bangun pagi sebelah mak, tidur sebelah mak, kadang-2 suruh mak suap makan. 
Rasa macam bergenang airmata ingat dekat mak. dan.. rasa macam hodoh betul tahan nangis, bibir gigil-2 macam ni. aje hodoh. 
Nak mengharungi minggu-minggu praktikal ni dari 19 January sampai 8 May 2015 rasa macam setahun praktikalnya. Tak tahulah kalau betul-2 jadi cikgu nanti kalau kena hantar sampai sabah sarawak, air laut dekat sabah sarawak tu dah boleh jadi airmata aku agaknya, menangis hari-hari nak mak.
Anyway, 10th Jan kalau ikut kalendar mat salehnyewww dah 20 tahun kalau kalendar islam 28 Rejab 1414. Dah lama dah cukup umurnya.
Macam biasa, takda sambut-2 ni, takda wish berlebar lebar mengalahkan mohon maaf di hari raya. Tak perlu semua tu. Dah 21 tahun masih lagi hidup bawah ketiak mak, eh dahsemestinya pasal mak tanggung aku. Siapa lagi yang tanggung aku, kau? Sebenarnya, lebih tenang bila takda siapa sibuk berlumba nak wish birthday aku jam 12 malam. Aku rasa senang, rasa lapang sangat takda nak terasa nak diingati orang sentiasa yang birthday aku harini. Alhamdulillah syukur macam tu. 
Alhamdulillah aku dah dapat sekolah untuk praktikal

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai

Lapor diri 19 January 2015.
Teruja? Tak, lebih kepada rasa takut aku pukul anak orang sebab diorang bukan adik-adik aku.

Entah macam mana nasib aku nanti jadi cikgu praktikal, entahkan menjadi cikgu ke jadi malaun, sama-samalah kita menantikan episod seterusnya. Sekian, rindu mak.


No comments:

Post a Comment