WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Thursday, 18 December 2014

Cerpen Cinta

AMIR

Aku genggam erat tangan itu,rasa di hati enggan melepaskan namun kehadiran doktor  memaksa aku meleraikan genggaman aku dan gadis itu,

"Aku bukan nak mematahkan semangat kau tapi, dia takkan bangun,"ujar doktor itu.
"Dia tak mati kau faham tak? dia cuma koma dan aku..."
"Dan aku taknak kau terus berharap dan kau tahu ini bukan sebarang koma, otaknya dah tak berfungsi macam kau lagi dan kau kena sedar, jasad dia saja di sini tapi rohnya tiada," doktor itu memintas kata-kataku.
"Diam!"

Aku bingkas bangun nak meninggalkan bilik itu. Hari ini hari pertama dan terakhir aku akan bertemu dengan gadis itu, gadis kesayangan yang membuka pintu hatiku untuk menyayangi seorang insan. Lepas berapa hari aku bangun dari koma yang panjang, aku bertemu dengannya. Hari ini ibu bapa gadis itu akan datang dan membawa dia pergi untuk selamanya. Dan tika aku mendengar berita itu, runtun hatiku. Bukan kerana hakikat wayar di badan gadis itu akan dicabut dan dia akan benar benar pergi selamanya tapi kerana hakikat kedua-dua orang tua gadis itu tidak akan menerima aku dan tidak pernah menerima aku berhubungan istimewa dengan anak mereka, dan aku tahu kala wayar itu dicabut kelak aku tidak akan berada di situ walau aku ingin,pasti aku bakal diheret keluar oleh pengawal.

Air di mata aku seka dan aku merenung seorang anak kecil yang sedang bermain di tepi kolam ikan. Ingatan aku melayang.
"Sayang..."
"Mir, Alia nak cakap berapa kali dengan Mir, jangan panggil Alia sayang," tegasnya
"Ala, Amir sayang Alia takkan tak boleh?"
"Kawan-kawan Alia pun sayang Alia tapi diorang takda pun nak bersayang-sayang macam awak ni. Berubahlah Mir,jangan terlalu ikutkan perasaan dan Mir kena terima Alia bukan untuk Mir dan Mir bukan untuk Alia atau mana-mana perempuan pun," lembut tutur katanya
Sesetengah orang aku tak boleh terima bila cakap macam tu dengan aku tapi Alia lain, cara dia dan sifat dia membuat aku tidak mampu berkata tidak dan mungkin lelaki lain pun akan rasa macam ni, seperti aku.
Aku tunduk memandang lantai jalan.
"Mir..."
"hmm.."
"Pandanglah Alia, ada berita gembira untuk Amir kawan kesayangan Alia ni."
"Kawan je?"
"Yela,jangan nak mengada-ngada," sambil mencubit pipi aku
"Sakitlah woi,"aku jerit sambil mengusap pipi.
Ketawa Alia mengundang getar di hati aku, lupa niat aku nak merajuk sebab dia panggil aku kawan dia. Gila kau, 2 tahun aku menyulam perasaan berhabis duit beli macam-macam untuk dia ponteng kerja teman dia shopping sana sini, dia panggil aku kawan je. Muka layak kena friendzone agaknya aku ni tapi, nak marah pun tak boleh.
"Tadi cakap nak bagitau berita gembira, apa?" soalku setelah pasti dia habis ketawa.
"Ah lupa,kejap eh," Alia menyelongkar beg chanel ciplaknya yang aku beli untuk dia dekat instagram. Ciplak pun 200 ratuih aku terbang sebab dia inspired bag, copy sebijik macam ori. Si Alia pun mati-mati percaya original.  Dah dia kata beg ori setelah periksa setiap inci beg tu, siap ada beg kertas chanel dengan dust bag dengan card chanel tak minah tu rasa benda tu ori? Kembang jugak aku tengok dia menangis. Dah macam tu gayanya tak jadilah aku bagitau benda sebenar kan? Eleh kalau korang pun dekat situasi aku kompem tak ngaku gak.
Dia hulur sepucuk surat pada aku. Bersinar betul matanya masa kasi aku surat tu.
"Eh zaman sekarang dah maju mana main surat lagi, whatsapp jela. Lagi satu dah duduk berdepan pun nak kasi surat ke? Confess jela Natalia Ann sayang Amir,kan senang, takdelah susah Amir nak bukak.....eh kad apa?" aku membelek kad itu bila tebakanku salah menyangka ada surat cinta untuk aku.
"Cepatlah baca!" gesanya sambil senyum mesra
"Walimatulurus.. Dijemput Tan Sri&Puan Sri/Dato&Datin/Tuan&Puan ke majlis perkahwinan anak kami Natalia Ann bt Dato' Zahri dan pasangannya Muhammad Amirul bin Tan Sri Bakar pada....."
aku campak kad bertulis walimatulurus itu.
"Apabenda ni???"
"kenapa?"
"Kenapa Amirul? Siapa Amirul? Alia taktahu ke eja nama Amir? dan tu tu masa bila bapak Amir jadi Tan Sri?Alia kenapa?"

Aku ambil pen dalam kocek dan aku kutip kad itu kembali, aku conteng di kad itu dan membetulkan nama pasangan Natalia Ann, Muhammad Amirul kepada nama aku "A.M.I.R". Aku hulur kad itu kembali pada Alia dan aku duduk di sebelahnya.
"Suruh orang buat kad tu betulkan balik nama tu. Bukan Amirul tapi Amir. A.M.I.R. Faham?" bergetar suara menahan marah dan tangis.
Aku dengar Alia menarik nafas panjang.
"Amir, sini" Alia tarik tangan aku dan kami berjalan sepanjang sisir pantai.Malam itu terlalu gelap untuk aku dan bintang terlalu malap. Bunyi ombak seakan mentertawakan aku membuat aku menangis dalam diam.
"Amir cuba tengok budak kecil tu,comel kan dia dengan parents dia?They look happy and that little girl also had fun i guess," Alia mula bicara.
"So?"
"Amir, can  you give me a baby?" soalnya tiba-tiba.
"Can you be my imam? imamkan Alia setiap kali solat? Boleh Amir buat macam seorang lelaki patut buat bila beristeri dan berkeluarga?"
Pecah tembok egoku diutarakan soalan sedemikian. Sangkaku Alia takkan persoalkan semua ni padaku,sangkaku  Alia menyayangi aku sepertimana aku sayangkan dia dan terima aku seadanya. Dia menyambung lagi,
"You can't Amir because you aren't Amir. You are Alia Amirah binti Zainuddin, kembar Khairun Amir bin Zainuddin. You guys are twin,have same look,same smile and everything tapi Mir, Amir takboleh gantikan Khairun Amir Alia. I admit, the first time i saw you, i really thought that Amir tak mati lagi. Amir belum mati and orang yang ditanam tu bukan Amir but another Amir whom i don't fucking care to know. Masa Mir datang dekat Alia untuk ucap takziah,Alia tak sedih sebab i have you, that is why Alia terus peluk Amir masa tu sebab Alia betul-betul meroyan takboleh terima that my Amir had gone!" air matanya diseka dan aku hanya terkesima mendengar pengakuannya.
"After a week, Syahir datang jumpa Alia, dia sedarkan Alia dari Alia terus hanyutkan Alia Amirah sebagai Amir. Alia nangis kenangkan apa Alia dah buat dekat awak Amir...Amirah. How could i do that to you but i couldn't help myself to tell you the truth yang Alia dah terima pemergian Amir Alia and Alia dah terima Amir sebagai Amirah. At the time i was so brave to confront you, everything was too late, you dah taknak digelar sebagai Amirah,you had fun to be called as Amir and to be him. You felt like being loved and needed. Alia dah tahu kisah Amirah dari Syahir. He told me everything about  you, how you were raped by your uncle and Amir dekat oversea masa tu and actually there was a time Amir nak balik Malaysia bila dia dengar Amirah admitted to hospital. Alia larang dia sebab Alia takut jadi apa-apa pada Amir sebab weather masa tu sangat buruk and i'm worried something will happen to his flight. He insisted and beli tiket on the spot. Alia koyakkan tiket tu and he couldn't meet you and salah Alia that night you lari dari hospital and were raped by your uncle and nowhere to be found until your brother's funeral.That  time you weren't Amirah but Amir, everything has changed about you and i'm the reason you became like this Amirah.You shouldn't punish yourself like this." dia mendekati aku dan menyentuh tanganku
"Diamlah!!!" aku jerit padanya dan menolaknya.
"Amirah. Kalau Amirah adalah Amir,Alia akan kahwin dengan Amirah tapi tak dan Mir... I mean Mira you can't. I want to be your good friend,sebab tu Alia selalu tekankan hubungan kita setakat kawan baik dan paling baik dalam dunia." dia senyum.
"If i'm Amir,you will marry me?"
"Technically yes tapi Mira it's okay. Actually there is someone who truly loved you more than everything. Lelaki yang jaga Mira masa arwah Amir dekat oversea dulu,"Alia lap air matanya dengan tisu dan mengawal suaranya untuk kembali gembira.
"You mean Syahir? Kau gila ke? Lelaki dengan lelaki?"
"Lelaki apa Mira, Mira perempuan kan?"
"Yeah, for today only," aku blah dari situ dan merancang sesuatu di luar jangkaan aku.
Demi seorang perempuan bernama Natalia Ann
Aku dengar sayup sayup suara Alia
"Mira what do you mean?"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

"Assalamualaikum auntie," aku menegur seorang wanita separuh abad yang sedang menanam dan mencantas tanamannya di lamannya yang besar itu.
"Waalaikumussalam, cari siapa ya?" ujar wanita itu.
"Cari auntie."
"Kenapa cari  saya?"
"Auntie mama Alia kan?" aku menyoal wanita itu penuh berani.
Tersenyum aku apabila melihat dia mengangguk. Memikirkan langkah seterusnya

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Ditampar dengan kuat oleh Alia buat pertama kali,boleh tahan bengkak pipi aku. Perempuan tu belajar tomoi ke apa lempang orang sampai bengkak.
"Kau cuba buat apa sebenarnya hah?" jerkahnya setelah menampar aku.
"To win you back," balasku sambil senyum.
"Kepala hotak engkau, aku dah nak kahwin kenapa kau nak buat benda keji macam ni? Sanggup kau fitnah pasal aku dekat mama aku? Apa yang kau nak dengan cakap semua tu?" marahnya.
"Look Al, i did all of this for you. Amir sayang Alia dan Amir nak Alia rasa kebahagiaan tu dengan Amir bukan Amirul," aku pujuknya.
"Kau gila, kau faham tak aku cakap, aku sayangkan Amirul dan sebab tu aku kahwin dengan dia, dan satu lagi  benda bodoh kau buat,"
"Kalau Alia tak usik hati Amir dulu, mungkin tak jadi macam ni kan?" aku gelak kecil sambil meneguk air.
"Kau jumpa mama aku, kau fitnah aku ada hubungan dengan kau, aku lesbian, kau cakap aku kahwin sebab taknak mama papa aku risau, nak tutup hubungan kau dan aku, kau kenapa Amirah?!" jeritnya lagi.
"Dan kalau bukan sebab Syahir tak bagitahu mungkin aku pun taktahu. Kenapa kau nak buat kerja bodoh operate kemaluan kau sebab nak tukar jantina? Kau tak takut dosa ke ha?"marahnya tidak berhenti.
"Alia cakap kalau Amirah adalah Amir, Alia akan kahwin dengan Amir kan?I'm going to be Amir.. for you..." aku usap bahunya dan aku peluknya.
Serta merta  satu penumbuk hinggap di perut aku dan aku ditampar lebih kuat dari mula-mula.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

"Sakitlah..." aku jerit sedikit.
"Hmm. dah perempuan sakit macam perempuan jugak, pergi buat benda bodoh tu kenapa. Move on la, Alia tu dah nak kahwin, jangan nak buat benda bodoh macam tu lagi" Syahir mengangkat air panas yang dia guna untuk tuam lebam di muka aku ke dapur.
"Diamlah kau," aku menjeling
"Sinilah, memekak je," marahnya menarik muka aku dan duduk berhadap dengan aku. Dia membelek muka aku.
"Dah hilang muka cantik kau, nampak macam lanun,"
"Eh kau nak rawat aku ke nak bising?"
"Dahlah kau pergi tidur, aku dah kemas bilik kau dekat atas tu, aku nak balik hospital,"
"Bilik aku?" soalku pelik.
"Ala dulu aku jaga kau kan? Bilik kau tu aku tak pernah usik, elok lagi. Arwah abang kau tolong kemas sebelum dia meninggal, lepastu aku kemaskan lagi sikit sawang-sawang tu" terangnya panjang lebar.
"Kenapa dia kemas?" aku aneh.
"Sebelum dia meninggal, dia cakap dia dah jumpa kau dekat mana, itu dia kemas bilik kau. Malam dia keluar pergi PD haritu nak ambik kau balik, tak sangka pulak dia yang tak balik-balik." jawabnya bersahaja.

Aku terdiam. Kepala ligat memikirkan apa yang terjadi dalam hidup aku sebenarnya. Abang dah tahu aku dekat mana, nak ambil aku dekat PD, apa yang dah jadi sebenarnya buat kepala aku sakit.
Entah bila aku tertidur, bila aku sedar sudah pagi dan aku sudah terbaring di atas katil yang penuh dengan patung beruang yang jadi teman permainan aku 10 tahun dulu. Hitung-hitung aku sudah 29 tahun rupanya. Aku pandang cermin di sisi.. hmm baby face lagi aku rupanya.
Pintu diketuk
"Miya, dah bangun belum?" suara dari luar bertanya.
Aku diam.
"Kalau dah bangun, turunlah makan, aku dah sediakan sarapan. Aku nak pergi kerja ni, jumpa kau esok," terangnya lalu derapan kakinya semakin jauh menuruni tangga dan diakhiri dengan pintu ditutup. Lama setelah itu baru bunyi enjin kedengaran dan semakin sayup . Sekali lagi aku membaringkan diri memejam mata. Entah bila aku tidur dan tidak bangun agak lama aku bermimpi.
Aku mendengar suara Alia tapi dia tidak kelihatan. Aku buka mata dan aku sudahpun berada di hospital. Badanku lemah, tak berdaya. Tanganku berjahit, ada 12 semuanya. Aku lihat Syahrul di sisi katil tidur memegang tanganku. Haba tangannya aku rasa dan hatiku sedikit selamat. Aku ingin membelai rambutnya, nampak tidak kemas dan nampak macam tak terurus sangat. Baru sehari aku  masuk hospital,macam ni sekali jaga aku. Tiba-tiba badannya bergerak,membataskan pergerakan tanganku yang akhirnya aku letak di hidung. Nampak tak senonoh gayanya.
"Eh, Miya kau dah bangun?" soal Syahir
"NURSE!" dia tergesa keluar.
Apa dah jadi sebenarnya?

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

"You don't remember anything?"soal doktor itu. Agak janggal ditanya oleh doktor lain dan bukan Syahrul yang sering merawat aku.
Aku menggeleng.
"It's okay, jangan push memori awak sangat, nanti awak tertekan. Awak boleh balik bilik awak ya," dia berkata dan senyum. Manis senyumnya, macam Alia tapi Alia lagi cantik sebab tu aku sayang dia. Aku buka pintu bilik doktor untuk keluar dan aku nampak Syahrul di depan pintu memegang bungkusan makanan.
"Your favourite and your milk, jom makan?" senyum memandangku. Aku mengangguk.
Sepanjang berjalan ke taman di hospital, Syahrul diam saja buat aku bertambah pelik. Selalunya dia paling banyak cakap. Aku malas nak tanya banyak tapi aku rasa kekok bila dia tak bercakap.
"Kau tak kerja ke?" soalku memecah hening.
"Tak," pendek dia membalas
"Kenapa?" soalku lagi.
"Cuti,"pendek lagi.
"Lama ke?" soalan pun pendek
Dia angguk. Terus tak bercakap.
"Berapa lama?"aku tanya lagi.
"Sampai semua pulih," balasnya. Okaylah 3 perkataan.
"Hahaah apalah kau ni, aku dah sihatlah, dah okay, pergilah kerja," aku gelak sambil membuka bungkusan makanan.
"Oh really? Then, what happened to you sampai kau koma dua minggu? Apa yang kau ingat?" serius nadanya,
Aku diam.
"Tau tak kau koma sebab apa?"
Aku diam lagi.
"Kau tau tak apa kau dah buat dua minggu lepas?"
Aku diam lagi buntu. Apa dah jadi pun aku tak tahu,nak jawab apa pun tak terjawab.
"Okay okay, aku belum pulih. Now boleh kita makan?" aku balas,malas mahu bertekak.
"makanlah. Aku beli untuk kau, aku dah kenyang."
Sunyi lagi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Aku mendail nombor telefon Alia dan panggilanku diangkat oleh seorang lelaki yang tidak dapat aku kenalpasti.
"Jangan kacau keluarga aku lagi perempuan tak sedar diri"

Terkejut? Sangat. Belum campur terkejut aku dengan rambut aku yang entah bila memanjang dalam masa dua minggu koma. Berapa lama aku mampus dekat hospital ni. Syahir kata aku koma dua minggu, dalam dua minggu takkan dah kahwin.Alia kahwin bulan enam kot, sekarang bulan 4, kalau aku koma pun mesti bulan 5 sekarang. Tak sedap hati aku lihat tarikh di telefon. 16 December????

Gelap. Benar aku tak tahu apa yang jadi. Aku lari, aku keluar dari hospital dengan baju hospital, berkaki ayam, aku berjalan sepanjang malam. 10.10 p.m. aku keluar dari hospital aku sampai depan rumah semi-D itu. Tempat aku berteduh selama abang belajar di luar negara, tempat aku menyorokkan diri dari pakcik yang ku anggap seperti seorang bapa sebelum aku nekad meninggalkan Kuala Lumpur dan ke PD. 

"Syahir!!!!!!!!!!!!!!" aku menangis depan pagar rumah, mengharap Syahir mendengar suaraku.
Aku merintih memanggil abang memanggil Syahir silih berganti.
Malam itu sangat sejuk menggigit tulangku. Baju hospital itu sangat nipis dan aku sangat sejuk. Aku bersandar di pagar rumah hampir tidur dan tiba-tiba aku rasa hangat. Aku rindu pelukan abangku. Aku buka sedikit mata, aku nampak abang mendukung aku bawa masuk ke rumah.
"Miya bangun.. bangun.." lembut suara menampar telingaku.
"Ab..abang?"
"Ni syahir, bangun Miya, minum air ni," ujarnya lembut.
"hmm.. Syahir, tadi aku nampak abang. Abang Amir angkat aku, dia senyum dekat aku. Mana dia Syahir?"
"Miya, kau mimpi ni. Abang kau dah tak ada Miya..." sayu suara Syahir
"Tapi..tapi tadi aku nampak Syahir..abang panggil aku..abang panggil aku Miya..dia peluk aku," aku teresak.
"Miya, aku pun panggil kau Miya kan?" ujarnya.
Aku tersedar tiba-tiba.
"Oh..air..."
Syahir menghulur air ke tanganku dan aku menyambutnya.
"Syahir. you need to tell me everything. aku nak tahu semuanya. Apa dah jadi beberapa bulan ni? Apa dah jadi dengan aku?" aku bertegas.  Aku perlukan jawapan dan aku tahu hanya dia yang tahu apa jadi pada aku.
"Miya, you are not ready for this,"dia membalas lembut.
"Ready or not, aku kena telan juga semua ni," aku meninggikan suara.
"The consequences..."
"I don't care! Please Syahir..."
Syahir duduk memegang kepalanya. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia memandang aku dan memegang tangan aku.Aku duduk di sisinya mengharapkan jawapan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Aku terpempam mendengar cerita Syahir. Seolah tak percaya apa yang terjadi.
"Sebenarnya kau bukan koma dua minggu tapi dua bulan Miya. Sebelum kau koma banyak benda kau buat..."
"Aku nak tahu dari hari kau suruh aku pergi makan pagi tu,lepastu kau pergi kerja, yang aku ingat aku tidur lepastu aku tak ingat apa," aku menggesa.
"Kau masih sedar masa tu?"
"I am dan aku tak ingat selepas tu," aku diam.
"That night aku balik sebab aku call rumah tak berangkat, aku risau mana kau pergi. Bila aku balik, pintu rumah terbukak,pagar tak berkunci. Aku ingat ada orang merompak, and first thing aku cari kau. Kau tak ada. Aku cari kau Miya. Aku cari kau satu KL, macam orang gila. Semua patients aku tinggal sebab nak cari kau. Kau takda dekat mana-mana. Entah macam mana aku tergerak nak call Alia. Suara Alia takut-takut kau tau? Dia gementar, sangkut-sangkut. Dia cakap kau ada dekat rumah dia, dia kata kau tetak bapak dia dan kau ugut nak bunuh mak dia kalau dia kahwin dengan Amirul. Kau tahu betapa takutnya aku dengar? Semua speed aku langgar nak dapatkan kau! Sebelum kau jadi pembunuh!"
Dia menyandarkan badannya dan menyambung.
"Aku sampai dan aku tengok Dato' Zahir dah berdarah tak berdaya, aku bagi dia rawatan awal sebelum apa-apa jadi. Kau rasa senang nak cari kau yang kecik ni dekat rumah yang besar tu? Aku tak tahu kau kena rasuk dengan apa sampai jadi macam ni. Aku merayu dekat Dato' Zahir untuk tak dakwa kau sebab kau dalam keadaan separuh sedar dengan janji kau takkan dekat dengan keluarga dia lagi. Berbulan aku kawal kau. Aku terpaksa ikat kau dalam rumah macam anjing. Pedih hati aku tengok kau macam tu. Kau jadi gila tak tentu arah. Banyak kali kau terlepas, banyak kali aku hantar polis jaga rumah Dato' Zahir sampai hari Alia kahwin kau terlepas juga. Mungkin sebab cinta bodoh lagi tak halal kau pada Alia dorong kau jadi manusia lebih kuat dari aku dan polis. Entah macam mana kau datang lepas dua hari dia kahwin. Kau tau kau buat apa pada dia? Kau hampir rogol dia kau tau tak??? Aku betul-betul hilang akal tengok kau. Alia hampir gila sebab trauma dan suami dia terpaksa bergaduh dengan kau macam lelaki. Kau ingat aku tahan tengok kau balik rumah lebam sana sini, riuk sana sini? Mabuk sebab cinta, berapa juta kali kau menjerit depan rumah sebut nama Alia."
Syahir diam merenung siling, memejam mata seolah cuba memutar segala yang terjadi berbulan sebelum ini. 
"Aku tak tahan, aku terpaksa hantar kau dekat hospital mental Miya. Macam-macam ujian diorang semua buat dekat kau, nak kenalpasti apa yang buat kau macam ni. Kau dah macam bahan ujikaji. Tak sanggup aku tengok Miya.Aku bawa kau jumpa psikiatri dan keputusannya menyedihkan bila pakar tu cakap tiada apa boleh dibuat melainkan kau sendiri yang cari jalan untuk keluar. Kau hanyut dalam fikiran kau, dalam benda yang kau cipta yang takboleh dapat di realiti tapi di dunia kau,semuanya boleh.Kau terlalu banyak berilusi dan terlalu lama biarkan emosi kau kawal kau... Miya, aku pun sayangkan kau tapi aku tak buat macam kau Miya. aku tunggu kau tapi kau? sayang kau pada Alia bunuh kau dan jiwa kau."
Syahir pegang tangan aku. Aku termenung cuba mengingat, satu persatu kenangan menerjah ingatan yang sudah karat.
"Jalan terakhir, aku bincang dengan Alia, aku perlu sembuhkan kau. Aku...aku..."
"Apa???"
"Kau  isteri aku Miya. Aku nikah dengan kau di mahkamah bertemankan Alia dan suaminya. Kau tau,masa kau nampak Alia kau terus terkawal, kau senyum dan kau... jadi diri kau yang dulu. Suruh masuk kereta pun kau tak melawan dan kau diam sepanjang Alia bersama kita. Kau usap pipi dia, kau peluk dia, tapi bukan aku. Hati aku sedikit kecewa Miya tapi, aku tak peduli. Kau dah sah jadi isteri aku dan itu tidak membataskan aku untuk pegang kau lagi. Kau tahu betapa terseksa aku nak menjaga dan mengawal diri aku bila kau ada di rumah? Ada masanya kau okay, kau duduk di dapur,kau makan kau masak. Aku lelaki Miya, aku bukan orang halal untuk kau, aku pun ada kePendek manapun rambut kau, dan tegap manapun badan kau, bentuk seorang wanita tetap kau miliki dan aku nampak kau seperti seorang perempuan.Tak pernah aku pandang kau macam Amir, kembar kau walau korang hampir 100% sama," Syahir diam,kali ini menarik nafas lebih panjang.
"Malam sebelum kau koma, aku balik kerja, aku tengok rumah bersepah, sofa tercarik semua bersepah, aku nampak kau dalam bilik, kau cucuk semua patung beruang, tangan kau berdarah. kau jerit dekat aku. Kau kata kau isteri aku dan aku gunakan kau, Kau kata aku pisahkan kau dengan Alia, kau nak bunuh aku. Aku tak balas Miya, sumpah aku tak sakitkan kau sikitpun kecuali aku yang cedera, parut masih ada di tangan aku," dia menggulung lengan panjangnya menyingsing ke atas, menunjuk parut di tangan yang agak besar. 
Satu demi satu memori menampar kotak fikiranku,kepala aku makin sakit.

"Malam tu, mungkin badan kau terlalu penat. Pakar tu ada cakap, bila kau penat, kauakan berhenti tapi makan masa. Setelah berbulan lamanya, malam tu kau terlalu penat. Kau pengsan, kau jatuh atas lantai. Aku baringkan kau di bilik aku....Aku...aku kemas rumah dan lepas aku bersihkan diri aku dan luka aku, aku solat. Aku bersyukur, segala penderitaan tu dah hampir ke penghujung. Bila aku masuk bilik, aku nampak kau dah bangun,  kau menangis, kau tanya apa dah jadi, kau cakap kau penat...."
Saat itu, segalanya nampak jelas di fikiran aku.

Aku menangis dan aku cakap pada Syahir aku penat, Syahir datang dan peluk aku. Dia suruh aku mandi, dia hantar aku ke bilik air dan...dan.. aku tarik dia..masuk sekali. Selebihnya aku terlalu benci untuk ingat. Malam itu juga, aku bangun dan mencari Alia di rumah. Dari niat untuk berbincang dengan baik menjadi amarah bila aku nampak Alia sedang berpelukan dengan suaminya di hadapan rumah. Pedal minyak aku tekan kuat, dan aku melanggar suaminya,pengsan sehingga tinggal Alia separuh cedera.
"Amirah...kau buat apa ni.."
"Kau patutnya tunggu aku sampai aku jadi lelaki tapi ini kau balas lepas macam-macam aku buat untuk kau?" aku menjerit sambil menghantukkan kepalanya di tingkap kereta yang sudah pecah.
"Amirah, i'm pregnant, you're going to hurt this baby.please..."
"Sebab aku tak dapat bagi kau zuriat kan? Itu kau nak? Pergi mampus!" aku tumbuk perutnya dan kandungannya. Dia terduduk, darah pekat mengalir keluar dan mengalir di atas lantai. Aku lari meninggalkan dia. Seolah baru tersedar, aku jadi takut, tangan aku menggigil. Aku terus lari sehingga aku nampak cahaya lampu yang sangat kuat, aku yakin itu lori, saat itu, mati pun dah tidak peduli dan aku rebah dilanggar.

Inilah aku sekarang. Berbulan lamanya, patutlah rambut aku sedikit panjang dari sebelum ni. Setelah dua bulan koma, aku sedang duduk menghadap lelaki yang di sisi aku selama ini.Lelaki yang menjaga aku di separuh sedarku. Oh Tuhan apa yang aku buat selama ni.
"Mana Alia?"terpacul soalan itu dari mulutku.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

"Miya, kau okay?"
"Hm.."
"Aku minta maaf atas apa yang aku cakap tadi. Kalau kau nak jumpa Alia,pergilah jumpa dia buat kali terakhir. Mama dan papa dia akan datang sejam dari sekarang.

Aku bingkas bangun. Saat aku sampai di hospital sedari pagi tadi sehingga sekarang aku lihat keadaan Alia aku sudah cukup menyesal. Hati aku kembali lembut, kembali menyayangi dan terus aku lupa rasa sakit hati aku terhadapnya selama ini. Aku genggam erat lagi jari-jemarinya.
"Aku pergi dulu sayang, maafkan aku atas khilaf aku selama ini," aku bisik di telinganya.
Saat aku ingin melangkah keluar dari bilik itu, aku kembali mendapatkan dia.
"Terima kasih  kerana menjadi kawan yang terbaik dalam hidup aku, aku hargainya Alia. Amirah hargainya."aku kucup dahinya dan keluar dari bilik itu segera pulang ke rumah. Aku terus menempah tiket ke Amsterdam malam itu juga dan mengemas barang-barangku. Cukuplah segala yang terjadi dan segala kesusahan yang aku beri pada semua orang.Sekarang aku pergi.

Aku bertolak ke KLIA petang itu sebelum Syahir pulang, aku tak mahu tengok muka dia lagi. Aku tak sanggup melihat wajah sayunya. 

Melangkah masuk ke balai berlepas dan aku mengambil tempat di dalam kapal. Aku mencari sweater dalam beg sandang dan aku terkejut kerana sweater yang aku capai bukan kepunyaanku tapi Syahir. Ah biarlah, buat rindu boleh aku peluk. Bau dia pun ada lagi. Eh.. apa ni..takkanlah...haishh...Aku pandang cermin luar, melihat Malaysia buat kali terakhir. Pandailah aku hidup di sana nanti. Entah kenapa ada satu suara yang agak garau menegur aku,
"Cik, saya rasa tu sweater tu saya punya,yang ni awak punya kan?" tangan itu menghulur sweater biru gelap yang mirip benar milikku. Aku memandang empunya suara, mahu terlompat keluar tingkap kapal itu sekarang juga. Syahir berdiri di hadapanku.
"Kau..kau buat apa?"
"Eleh, bukan susah sangat pun nak track kau ni, kad kredit kau tu aku punya nama, apapun kau buat semua aku tengok transaction kad kredit tu. Nak ke Amsterdam konon. Nak melancong meh abang bawa,jangan pergi sorang-sorang, bahaya. Awak tu perempuan,  isteri orang pulak," celotehnya.
"Eh, bila aku jadi bini kau? Kenapa kau naik kapal ni? Kenapa kau duduk seat sebelah aku? Blah laaa!"
"Eh mana ada aku cakap kau bini aku. Helo, aku bayar tiket okay bukan goda FA atau pilot nak masuk kapal," dia membidas tersenyum.
"Pergilah, jangan sibukkkkk,"aku menolaknya.
"Shh diam, kejap lagi berlepas, jom tidur," dia menarik aku ke dadanya, mencium kepalaku dan terus diam.
"Aku..."
Mulut aku ditekup, dia memelukku erat.
"Amir atau Amirah, dua-dua orang yang sama. Dua-dua aku punya dan kau Amir,Amirah,Miya isteri aku. Aku jaga kau. Dekat setengah tahun aku korbankan badan aku dibelasah kau, sekarang untuk sebulan kita di Amsterdam, biar aku balas," bisiknya.
Aku bingkas bangun,
"Eh bila pulak aku rancang nak duduk sebulan dekat sana? Aku nak duduk sana selamanya kau faham tak?"
"Aku kerjalah Miya, mana boleh cuti lama-lama inipun sebab aku bagi alasan bini aku gila, nasib baik lepas, "dia membalas.
"Eh pergilah balik Malaysia kerja, jangan pedulikan aku boleh tak? Rimaslah kau ni!" aku hampir menjerit.
Dia cium bibir aku, aku terdiam. Dia tarik dan peluk aku kejap terasa tak boleh bernafas tapi rasa hangat tapi aku suka kena peluk macam ni. Eh tapi dah kenapa. Ya Tuhan, untuk seketika ini berikanlah dia pada aku untuk membimbing aku dan jangan aku persiakan peluang yang kau berikan.

Aku tenggelam. Biarlah, biarlah dia membawa aku memimpin aku. Aku memerlukan dia untuk meniup semangat buatku, menjaga aku. Satu hari aku akan berhadapan dengan keluarga Alia, memohon ampun atas segala silap yang aku lakukan. Biar aku perlu melutut menjadi tontonan dunia, Syahir perlu ada untuk melindungi aku dan mungkin memeluk aku seperti ini. Tenang.
"Terima kasih," bisikku perlahan. 
Tangan itu mengusap belakangku perlahan, aku merasakkan dia sedang senyum dan menangis. Aku taktahu jika aku salah teka tapi aku dapat rasa dia sedang senyum dan kepalaku sedikit basah. Ya tuhan,jadikanlah aku perempuan untuk lelaki ini.


Notakaki : Cerita ini tiada kena mengena dengan hidup atau mati, kalau terkena sesiapa harap dimaafkan. Aku terlalu banyak berimaginasi mengarah filem  sendiri, tiada tempat nak curahkan cerita di kepala aku curahkan di sini. Terima kasih sudi baca. Cerita aku mungkin tak logik, terlalu fiksyen atau mungkin syok sendiri but hey, it's just a story. Aku membutuhkan sebuah buku dan pen yang boleh bergerak sendiri macam dalam cerita HP untuk menulis segala filem yang aku arahkan dalam kepala. Mungkin juga aku perlukan pakar psikiatri sebenarnya sebab aku sering bercakap sendirian kebelakangan ni. Adios


No comments:

Post a Comment