WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Wednesday, 3 December 2014


Assalamualaikum. Selamat pagi.
Pagi ini indah seperti biasa. tadi hujan, mengerekot jugak aku bawah gebor. Mengenangkan aku ini Islam aku gagah melawan syaiton di mata untuk menghadap Tuhan yang satu. Bersyukurlah aku masih sedar aku Islam dan masih ingat tanggungjawab sebagai hamba, kalau tak, zouk tu aku singgah setiap malam.
Jadi, cuti semester dah bermula. sebenarnya dah lama, tapi entah kenapa aku baru nak cakap dekat sini. Kerja aku di rumah mengangkang tengok tv dan besarkan badan. Hmm sebenarnya taklah jugak. Pagi-pagi aku keluarlah jogging bila tak hujan, tapi kadang-2 aku pakai kasut duduk depan rumah lepastu krohh krohh sampai pukul 8, agak-2 matahari dan menyimbah muka, macam dah cukup vitamin pagi aku masuklah balik. Pada aku itu kira jogging sebab aku peluhkan diri aku di luar dan membiarkan tulang aku kecut dimamah kesejukan pagi. Diam. diam jangan nak pertikaikan jogging aku.
Kononnya nak belajar masak harini tapi belum masuk dapur dah kena bebel dengan mak, aku batalkan niat nak belajar tu dengan niat buat mak membebel setiap minit. Km/j mak membebel aku belum dapat track lagi selaju apa, tapi untuk buat telinga benanah, insya Allah boleh.
Macam biasa, aku mengarah adik-2 aku pergi mandi tapi aku belum mandi lagi. Lepas hujan, air sejuk lebih dahsyat dari paras normal. Lagi sejuk dekat New Zealand, nanti aku mengeras dalam bilik air, siapa nak selamatkan. Aku ni ada masalah dengan air sejuk, sebab doktor alburqurke cakap aku ada masalah mandi air sejuk. Nampakkan alasan taknak mandi tu, nampak kan? diam.
K la nak pergi mandi, mak aku pergi klinik, bawak si faqih kepala beso dengan ayan si mulut itik beserta arif cengeng. Nanti dia balik, tengok aku mencongok depan laptop, pasti aku akan dilibas dengan bebelan tanpa batasan. bye


No comments:

Post a Comment