WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Tuesday, 23 December 2014


Assalamualaikum and hi
We're almost at the end of 2014. and again setiap kali hujung tahun aku akan ucap ayat yang sama which is "nak kena ada azam baru ni" and which again is never berjayalah kan azam tu. One thing for sure, i think i less play play la. When i less play play, i'm too busy growing up and i forget to be happy. I guess it's true, matang ni bukan mudah nak diadakan dalam diri kita especially untuk orang macam aku yang tak pernah ambik serious dalam apabenda aku buat. There are certain parts kita ni lagi matang dari orang lain, like i have one friend A yang ada fikiran yang matang, berfikir jauh, selalu ada backup plan, selalu plan yang terbaik tapi attitude is zero and another friend B aku rasa dia bingai, gila bahlol biol semua pakej tapi attitude and dia punya pelaksanaan dalam tugas dia memang tip top macam iphone 6+ cakap lu, tapi jenis tak boleh bend punya.
So i guess, tahun 2015 taknak tanam azam la, hancuss semua. Contohnya nak dekankan CGPA utk sem 5 pun dah hancus. Semester 6 tinggal. However, gua dapat dekan lagi beb sem 5 ni. Takdalah nangis terharu pun pasal jatuh gak dari 3.72 to 3.60. Jadi gua dapat maintain-kan CGPA pun gua rasa dah cukup genius tapi kalau dapat 3.5 above untuk sem 6, gua dah dapat rasa gua boleh pandang rendah sikit dekat che nur amalina 17a SPM tu. kikiki
12th January i'll be starting my practicum semester. Ajar budak-budak sekolah yang real punya beb. Sebelum ni mock teaching bolehlah kau buat adik-2 member2 tu kan and mengajar adik-2 sendiri dekat rumah pun hilang sabar, turn table punya style, kalau sekolah ni aku harap sangat aku tak bakar sekolah tu. Paling minima pun aku tak hayun tangan dekat anak orang.
Cakap pasal praktikal jadi cikgu ni, i've once been asked by my uncle i called him Ucu la. Soalannya berbunyi *sound effect Who Wants to be a Milionnaire*

"Kau memang betul-2 nak jadi cikgu ke Nurul? Tak nampak gaya seorang cikgu kau ni"

Terpetir hatiku diajukan soalan cemtulah kan. Bukan apa, mak aku pun sokong aku jadi cikgu even aku pun tahu aku payah nak ngajo orang ni tapi entahlah. Impian aku nak jadi doktor pun dah hampeh kan, tengoklah main tahap beruk makyeh masa sekolah dulu, fizik ke mana, kimia ke mana. Nak ambil programming pun aku tahu aku akan mati di sisi komputer kalau aku teruskan juga  dengan impian tu. Mak pun tak galakkan aku ambil benda-benda melibatkan komputer.
Bila aku duduk sorang-2 aku pun terfikir, betul ke aku nak jadi cikgu? Betul ke aku akan ajar budak-2? Betul ke aku yang panas baran ni boleh kawal emosi aku untuk mengajar? Betul ke apa yang aku nak ni?
Fikiran jahat aku cakap
"Sebenarnya kau ni boleh je jadi cikgu, tapi ucu kau tu dah takda pekerja , aku rasa dia nampak kau macam technician boleh pasang-2 air-cond. Kau tengoklah perangai kau macam mana, pakaian kau macam mana, memang tak nampk macam cikgu langsung. Mak bapak pun fikir banyak kali kalau tahu kau ni bakal cikgu yang nak mengajar anak-anak diorang. Tapi baik kau jadi cikgu, aku rasa kau kena klepet je dengan ucu kau yang jeles tu"
Fikiran baik aku cakap
"Ambillah segala kata-2 ucu tu satu cabaran untuk kau, buktikan pada dia kau sebenarnya boleh jadi cikgu dan kau akan buat bisnes juga satu hari nanti. Kau boleh nurul boleh, Malaysia BOLEH!!"
entahlah nak...
Tengah-tengah diri aku, hati aku panggil namanya. Dia pun berkata
"Kadang-2 kita dapat apa kita nak dan kadang-2 kau dapat kita dapat apa kita taknak dan kadang-2 tuhan tak izinkan kita dapat apa-2. Kau kena bersabar. Jadilah orang yang rasional yang berfikir menggunakan segala nikmat yang diberikan. Kau perhati kau dengar kau lihat dan kau fikir dan kau akan rasa kebaikannya kalau niat kau betul. Usahalah semampu dan selebihnya kau tawakal dan berdoa."
Indah kan bila hati berbicara? Ewahhhh..

To be honest, i'm fine with anything. Orang cakap apapun pasal aku, aku takdalah nak amik port sampai aku pun tersusah hati. Kadang-2 termelatah tu biasa tapi aku buat tak endah je. Tuhan tu ada, aku usaha apa yang aku usahakan selama hampir 3 tahun ni dalam TESL dan beberapa tahun lagi untuk degree pulak. Kalau memang bukan rezeki aku bahagian perguruan, masih banyak bidang aku boleh pergi dan kalau memang Allah tu bukak jalan untuk akujadi seorang cikgu, kau semua akan nampak satu hari nanti aku akan berdiri di dalam kelas sebagai cikgu yang rasmi bukan praktikal lagi. Insya Allah.

Apapun yang korang nak buat dalam hidup korang, lakukan dengan sepenuh hati dan ikhlas di jalan yang diredhai oleh Allah, agama dan keluarga kita sendiri. Sebab aku yakin bila kita dah dapat keredhaan tu, kita sendiri akan suka benda tu dan akan usahakan semampu kita. Jadi manusia ni penghujung kita semua sama. syurga atau neraka tapi jalan cerita yang kita pilih tu lain-lain dan itu sebab kita kena fikir kita sendiri unik. Whatever it is, be patient. It's a key to success.



No comments:

Post a Comment