WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Thursday, 30 October 2014

Entri Suam-atas


Hai, dah lama benar rasanya tak menaip naip taptuptakktaktak keyboard ni.
Sekarang baru ada masa nak hadap blog lama-lama, susun atur fail dekat laptop ni, satu satu aku bukak, rasa macam kerja dekat parlimen woo macam ni busy dia. Habis dah satu semester tahun terakhir. Tinggallah aku dan semester terakhir di mana akan ada satu pertempuran antara aku dan anak anak sekolah. Ya, berjaya juga aku menamatkan semester 5 dengan jayanya dengan sedikit bantuan toyol semasa jawab kuiz. Aiyemm soo kewl bebeh 
flip hair sikit
Tinggal berapa bulan je lagi gua nak menginjak ke 21 tahun. Berapa bulan je lagi aku dah boleh tengok wayang 18sx punya PL ke apa ke, eh sukahati, I'm twenny bebehh. I don't need any parental guide anymore nak tengok wayang lucah  Sikit je lagi aku dah boleh mengundi, undi ke? Sikit je lagi aku dah boleh jadi salah seorang rakyat yang cukup umur dah boleh mohon BR1M walaupun aku tahu aku akan dapat baucar buku lagi tahun depan, eh pedulik apa, boleh beli novel yang aku tak dapat beli selama ni. Owemji I'm so twennywan
So awak kat mana? awak kat mana?
Saya kat sini, awak nak kena pukul ke, saya dah tak kuat nak jawab awak tanya tanya saya kat mana saya mana. Saya tak suruh awak tanya saya kat mana, kita tak ada apa apa kenapa awak sibuk macam emak saya kenapa awak tanya tanya saya kat mana saya tak suka layan jangan tanya saya kat mana sekarang awak jawab saya awak kat mana awak kat mana?
Penat rap ni, nak pulak rap sambil menyanyi macam taufiq, nasib baik seksi.
Aku tanya apa khabarrr?
Jadi apa khabar? Semoga anda semua sihat dan gembira macam aku yang sentiasa gembira.Alhamdulillah. 

Ni kira post warm up laaa pasal aku dah lama tak buat entri, sebab tu namanya suam-atas #ohmyenglish tak ada apapun. Kehkehkeh. Nanti aku buat comeback macam MU bila idea mencurah atau aku dah tak ada kerja sangat nak buat. Gua nak praktikal jadi cikgu sekolah dah, entah jadi lauk apalah bebudak sekolah tu nanti diajar aku. Harap iman aku kukuh untuk mengajar kelak. Amin.

No comments:

Post a Comment