WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Saturday, 7 September 2013

Tape 63cm



ambil masa 5 minit untuk dapatkan tape orang ukur baju tu sepanjang 63 centimeter 
Kalau tak ada sekalipun apa-apapun boleh janji ada 63 centimeter

Teringat cerita arwah ayah pasal tape ukur baju.
Masa tu mak busy jahit baju raya tahun lepas.

Ayah ambil tape tu tunjuk aku nombor 48

Ayah : Ni apa kakngah?
Aku : nombor?
Ayah : Ni umur ayah sekarang

Aku tercengang.

Ayah : Nabi wafat umur 63 *tunjuk nombor 63* . Ayah dah 48, ayah tinggal lagi beberapa puluh tahun lagi nak hidup. Kakngah umur 18, masih jauh lagi nak cecah 63 ni. Jadi nak buat apa sepanjang nak tunggu tu?
Aku : Belajar dan terus belajar
Ayah : Jadi orang yang faham nak. Tak cemerlang dunia takpe, akhirat ada

Sekarang aku dah 19 tahun 8 bulan dan 28 atau 29 hari mungkin. Dah hujung tahun , tahun depan dah 20.. 

Ayah.. belum pun 63 dah pergi menghadap Allah. Mungkin giliran siapa antara kami sayang-sayang ayah ni?
Impian ayah kalau dia mati biarlah sebelum dia cecah 63. 

Sekarang belum sempat ayah cecah 63. 48 tahun dan beberapa bulan sebelum hari lahir ayah Disember ni dah ketentuan Allah. 
Sekarang aku pendekkan tape aku dari 63 tahun ke 48 tahun..
Sebenarnya aku tinggal kurang dari 29 tahun untuk dunia ni.. untuk kumpul sebanyak mungkin apa yang perlu. Atau mungkin tape aku sebenarnya kurang dari tu?
Korang?

No comments:

Post a Comment