WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Sunday, 12 May 2013

Hari Berkasih


Aku tengah busy, untuk maklumat lanjut
pergilah fanpage saya di >www.facebook.com/akubukanartispemesnakadapage<

Kebelakangan ni iols pun busy memerintah negara zimbabwe maklumlah penduduknya sikit jadi makin busylah. Iols nak bangunkan ini itu, nak buat kereta terbang-2. Mudah sikit penduduk zimbabwe semua nak pergi kemana-mana mereka suka tanpa pasport. Okay, semua syarikat penerbangan tak perlu dirikan lapangan uols dekat negara iols k. TAK PERLU.

hmm..

rindu omak eden haa
rindu ayah eden jugak haaa

Aku dengar harini meriah orang sambut hari ibu satu malaysia. Halal ke haram, wallahualam. Manusia ni halal  haram yang besar-2 pun sebat dengan rakus apetah yang kecik kecik ni. Alaaa, small the pieces gitteww.

Aku pernah tanya ayah dulu, sebelum guwa pergi menyambungkan ilmu guwa dekat KPTM ni

GUWA : Ayah, sambut hari ibu ke?
AYAH : Kita ada mak lain ke? Bila ayah kahwin lain?
GUWA : Ayah ni kang. mak laa
AYAH : Mana tau, kakngah nak mak lain ke?
GUWA : Buat masa ni tak fikir lagi, tapi kalau ayah dah kene kawin lain nak buat acanno. redhoo jellewww
AYAH : Okaylah tu
GUWA : Kakngah tanya tadi.
AYAH : Amende? Hari ibu?
GUWA : haahlaah, takkan hari kakngah pulak
AYAH : Buat apa sambut, hari-hari pun hari mak kau
GUWA : *muka ayam pencen tak paham*
AYAH : Mak kan selalu menang, cakap apa pun mak menang. Hari-2 dia menang, hari hari ayah kalah. Dah hari mak kaulah hari-hari tu
GUWA : Ada pulak
AYAH : Orang lain taktaulah, kalau ayah hari-hari ayah tu hari mak kau

Penatlah gelak dengan ayah kalau cakap dengan dia. Rasa nak cucuk lubang hidung ayah tu ha. Biasalah laki bini, wajarlah nak perang-perang manja. Tapi setakat ni aku tak pernah tengok mak ayah aku sambut parang pinggan mangkuk macaam dalam kartun tu.

Tambahan mak sedang mengandung adik guwa yang terakhir sekarang ni, Insya Allah. Lagilah hari-hari dia sampai mak bersalin. Tapi, lepas bersalin pun hari mak jugak. So far, selama 17 tahun mendegil jadi anak kepala batu belah batu betangkop penat jugaklah aku accident sampai dah tak mampu kira, berapa kali jatuh kene hempap motor, motor hempap aku , kami berhempap sesame. eh

Aku taknak kene sumpah jadi Tanggangniah
Aku pun taknak kene campak masuk neraka.  

Ngeri kau.

Aku mesej bapakku semalam

GUWA : Ayah, sihat? Anakmu merindui"
AYAH : Tebiat? Dah rindu,baliklah. tak jumpa train nak pergi stesen bas ke? Alhamdulillah, bernafaslah sampai sekarang"
GUWA: Bagus. Alhamdulillah. Kakngah baru lepas bertarung dengan lipas ni yah, habis terbalik semua almari, buku baju. Busy kemain sekarang ni"
AYAH: Okay"

Biasa dah ayah macam tu, kalau dia malas memang tidaklah nak melayan aku. Jadi bila ayah pun penat layan, kaklong pun dah penat layan, mak pulak kalau nak balas mesej lepas 3 4 hari , akmal pun dah suruh aku diam. Apa lagi aku boleh buat, tweet laju-2 dekat twitter. Aku rasa semua orang aku cari gaduh tapi takde yang layan aku pulak kan.. dakpeelaaa.. aku tahu aku comel, jadi orang agak gerun nak layan. 


POSITIF K POSITIF


Dulu masa aku habis sekolah, habis SPM aku terus pergi kerja dekat kargo. Aku selalu call ayah aku, call mak aku mengadu penat, mengadu itu mengadu ini. Tak pernah pun mak ayah merungut, selalu cakap baik-2 nasihat baik-2 pesan baik-2. Ayat yang paling aku ingat sampai sekarang.

"kerja tak ada yang mudah tak ada yang berisiko, yang penting niat ikhlas, niat kene betul" - Ayah
"baru tahu penat orang kerja, cari duit tak mudah kakngah nak pulak hidup berkeluarga, simpan duit" - Mak

Tapi duit tu semua lebur, habis. Makan, masuk perut semuanya.
Hasilnya 50kg in 2 years from 43kg. 
Tapi, sekarang dah 47kg. Awesome sangat rasanya. Aku tak diet. Mohon paham.
tanya kakak aku, macam mana tahap melampau malam-2 buta aku makan.

k buat apa suruh tanya kakak aku.

Dalam hidup, aku amal sikit demi sedikit apa yang aku belajar dari ayah.
Dari cara makan sampai ke pengurusan duit. Nasihat yang orang bagi, semua aku amik aku simpan dalam memori sampai sarat biar padat sendat ketat, yang penting baju aku seluar aku tak begitu. :3
Tengok gambar aku dulu masa zaman darah membuak remaja, kemain dahsyat baju, tudung pun selimpang pergi bendang. Kau ada?
Lama-2 mesti rasa malu. Ye aku malu. *tutup muka dengan baldi*
Mohon buang gambar-2 lama aku ye sahabat teman handai taulan yang budiman.

Kalau dulu, aku boleh habis rm100 untuk makan dalam sehari (masa aku adalah seorang pekerja)
sekarang, aku ada elaun sendiri, aku kurangkan. Berjaya jugaklah, jadi RM28.70 sehari (termasuk gula-gula coklat dan susu tenusu)
Dalam kelas kene mengunyah, aku harap lecturer tak marah, sbb aku perlu kaki tangan mulut semua bergerak serentak baru otak aku berjalan. 
Lain betul cara belajar masa genius zaman muda-muda dengan sekarang zaman kerah akal dan otak fikiran.


                TO BE A CRITICAL THINKER
-Psychology, Semester 1


pada kawan-kawan yang tengok aku tak makan waktu tengahari tu jangan ingat aku diet ye. Amalkan gaya pemakanan seperti guwa

1. Don't ever skip your breakfast (before subuh please)
-janganlah makan nasi lemak, melampau betul.

2. Eat something heavy in the evening before 7.00 p.m

3. balance your nutrition

For a better life.

Kalau nak ikut sunnah

makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang 

and one more

1/3 air , 1/3 udara, 1/3 makanan

nak lagi bagus, belilah kurma asli. Yusufff Taiiyuubbbb. jangan beli yang takda tangkai tu, gula melampau. elok sihat kono koncing manih haa, sapo nak menjawab tu.

Exercise for 30 minutes, at least .. .. ..  

pesanan sihat dari

EN.SHAHARUDDIN dan PN. RAFIDAH (penasihat pemakanan)
MISS NURUL AQILAH (pemaksa exercise tak bertauliah)

Mari menjaga pemberianNya dan bersyukur di atas setiap perkara kerana setiap yang berlaku punya hikmah. Kesabaran dan keimanan penentu segala amal .



Kehadapan adik yang bakal melihat dunia dalam beberapa bulan lagi.
Kakngah tak pandai ajar kau mekap (kalau perempuan)
Tapi kakngah boleh ajar kau bertumbuk
Kakngah tak reti ajar kau masak
Tapi kakngah boleh ajar kau makan
Kakngah tak reti ajar kau match-making
Tapi kakngah boleh ajar kau hormat orang
Kakngah panas baran
Tapi, adik-adik kakngah boleh tolak ansur
Kakngah suka marah orang
Tapi, adik-adik kakngah kalah kalau menangis
Kakngah tak reti cakap lembut-lembut
Tapi kakngah takkan ajar kau mencarut
Dunia ni kejam adik, kakngah cuma harap kau belajar pilih jalan yang betul
Dunia ni penjara orang beriman adik, jadilah orang yang beriman. Penjaralah diri kau dalam dunia, esok di akhirat, syurga untukmu.
Jangan salah pilih jalan adik, nanti kau sedih hidup macam akak mengenang malu nak jumpa tuhan
Tapi macam manapun wajib, mesti mesti bersyukur adik sebab Allah dah beri akak nikmat dan peluang
Kalau salah langkah dik, masih diberi peluang untuk berpatah balik.
Semoga adik selamat dunia akhirat, dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Amin



Ayah tak mintak anak-anak ayah jadi orang bijak bistari celik sana sini, cukup anak-anak ayah faham agama dan amalkan apa yang dah diajar - Ayah

Belajar selagi mampu, esok boleh tolong mak ayah. Mak tak harap duit kau esok, bela nasib keluarga, jaga diri kau cukup dah - Mak


Selamat hari berkasih kasih untuk emak dan ayah setiap hari-hari kalian bernafas kita di muka bumi
Alhamdulillah jaza kumullahu khoiro

Kasih anakmu aku iringi doa di setiap perjalanan kita dan seluruh ahli keluarga

Sobbss sobbss *lap air mata pakai gebor*


NoTaKaKi : Esok kalau aku ada suami "kasih keluarga berpanjangan, doa sentiasa dikirimkan. Kasih suami bawa ke syurga, pimpinlah keluarga ke jalan syurga" cewahhhh



No comments:

Post a Comment