WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Monday, 16 April 2012

Hidup

Bertahun lama,ku merasakan.
indahnya pagi disinari mentari,burung berkicauan menari-nari...

ah. sudahlah aku dengan mukadimah yang menjelikkan. Kau jelik bukan apabila membaca? 
Apa yang sedang aku lakukan dan fikirkan sekarang? Di mana semua itu? Apa yang membuat aku terfikir unuk menge-post hari ini? Apa apa? Pasti aku terkena sawan unta sebenar tadi,masakan aku boleh menggila sebegini.

Sebenarnya aku tak berniat nak buat entri hari ni,tapi disebabkan cuaca terlalu indah menggoda diriku untuk buat juga enri untuk menjadi tatapan umum. Walaupun blog ini tidak dipertontonkan kepada khalayak umum. 

Sebenarnya aku berniat untuk buat entri sebulan sekali. Retis kononnya walhal aku sebenarnya tak ada topik nak didebatkan dengan korang dalam blog ni. 

Sebenarnya aku dah banyak fikir nak buat entri,nak buat topik tentang apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang aku hidup jauh dari mak dan ayah.

Sebenarnya aku dah terasa macam nak lempang muka aku sebab dah merepek yang bukan-bukan setiap masa. ASal update merepek,asal update merepek. Tetibe teringat pulak time kecik-kecik dulu aku selalu merepek sampai mak aku dah tak larat nak layan aku. Best kan cerita aku time kecik? hihihi.

Sebenarnya sebelum aku memulakan entri di waktu pagi ni,aku telah korek hidung dan campakkan cebisan-cebisan taik hedongg tu di mana-mana entah aku pun tak ingat tapi apa yang korang patut tahu,tangan aku bersih di kala menaip di atas QWERTYUIOP ini.

Aku sebenarnya nak share tentang satu cerita pada korang yang sebenarnya berlaku pada diri aku sendiri.Sebenarnya aku baru berusia 18tahun 3bulan dan 10 hari pada hari ini. sooo sweeett right? Tapi,ini sebenarnya bukan sweet 18 untuk budak macam aku yang baru keluar dari rumah,i mean keluar dari dunia rumah.

Sebenarnya dulu,aku duduk rumah,aku keluar melepak,aku merempit aku kemana sahja aku akan pulang ke rumah tanpa perlu mengeluarkan sebarang duit walau sesen malahan minta pada mak sekiranya aku nak beli something macam jajan dan keropok lekor.
Masa di rumah aku banyak dihabiskan dengan melayan kerenah adik-adik aku,bergusti smackdown dan sepak terajang dengan mereka. Biar sampai berdarah-darah lobang hidung,tergugur-gugur bulu kaki ,kami masih lagi bersama bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus kecualilah kau tutup paip air tu. Tolong jangan main kotor.

Sebenarnya sekarang aku hidup sendiri,aku hidup dengan duit sendiri,aku survive dengan cara yang sedih sekali. Kalau ada seratus dalam tangan,seratus tu lah penyelamat untuk sebulan,paling sekejap pun seminggu,selepas habis seratus tu,pandai-pandai bawak diri kehulu dan kehilir. Sekarang aku balik rumah tak menentu,sekejap rumah kak aku,kadang aku merempat dan kadang aku tidur dekat hotel. Maklumlah,sekarang dah hidup tanam anggur dan pisang. Dekat sini,tiada istilah kawan sehidup semati sebantal sekatil mahupun sejagat. Di sini,kau kawan dan kau lawan. Kau kawan dengan lawan jadi berlawanlah sesama kawan. Kau reti bahasa apa yang aku cakap ni?
Aku baru 18 tahun,dan sekarang aku belajar erti hidup ini. Sekarang aku belajar apa erti susah yang mak ayah aku tanggung sebelum ni. Aku sedih dan aku menangis semua simpan dalam hati,kerana tak ada orang peduli,Mereka di sini buat hal sendiri dan aku terkontang kanting macam ikan tenggiri.Oh sungguh tak ada kene mengene dengan ikan tenggiri yang mahal.

Seriously,kalau aku cakap dekat korang aku dah jelajah tiga tempat dalam satu malam dengan mereka-mereka yang lebih dewasa dari aku korang percaya? Mereka-mereka yang dah tahu selok belok KL,mereka yang dah biasa dengan dadah-dadah KL,kau percaya? Haruslah kau percaya sebab memang itu yang berlaku pada aku. Seawal usia 18 tahun aku belajar mencari kawan. Dan siapa yang sangka,mereka yang dikatakan tak berguna oleh orang-orang yang pangkat berduit sebenarnya 10x ganda bagus. 

Kadangkala,orang yang dikatakan sampah masyarakat mempunyai nilai kemanusiaan yang lebih tinggi dan sempurna daripada mereka yang disanjung tinggi ,yang dipuji melangit.
Sebenarnya,inilah dunia fana. Dunia yang tak banyak orang tahu dan aku masih belajar satu persatu. 

Ayah. 
kini aku faham dunia yang kau katakan dan manusia dan jenis mereka yang aku tak jumpa

Aku sedang terbang,dan aku tak berani terbang lebih tinggi kerana mungkin aku akan terhempas jika tersalah masuk jalan,bukankah aku ini pilot tidak berlesen?


No comments:

Post a Comment