WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Wednesday, 22 February 2012

Rutin

Salam :|

biasanya setiap kali pagi menjelma kita mulakan dengan senyuman,tapi aku dah tak mampu nak senyum ah cenni sebab dah kerja gila penat punya mengalahkan vendor-vendor bangla,itu sedih,aku yakin itu sedih. Apatah lagi berkhidmat di kafe yang open 24 hours macam 7e,tapi kerja dekat 7e tak sepenat ini ye kawan-kawan.

sekiranya pada waktu tengahari ,apa yang pasti ialah tiada secalit senyuman akan terukir di bibir sebaliknya muka yang ketat kelat pekat macam muka serigala lapar tak makan seminggu,boleh bayang? 
Okaylah,paling tak pun macam muka kucing la~ Nampak cute sikit macam gua. Hahaha

Apabila petang menjelma,sedikit demi sedikit,that awkward feeling tu macam dah berkurang tetiba akan mental seketika ke sini dan ke sana macam monyet cari pisang.  Takkan sesekali aku duduk diam apabila sudah menjelang 2 tengah hari



Jika dibandingkan dahulu dan sekarang perbezaan itu sangat banyak dan jika dihitung belum tentu cukup walaupun kita menggunakan jari kaki mahupun pinjam jari kaki dan bulu hidung kawan-kawan sekalipun,sekecil-kecil perbezaan itu dikira dan sekecil-kecil perbezaan itu memberi impak yang besar dalam perubahan hidup kita dari hari ke hari
*kenapa aku skema ni?

DULU...
Kalau bangun pagi selalunya pukul 6.00 pagi lepas tu bergolek-golek atas tilam dari atas ke bawah walhal aku tak pernah tidur atas katil sebab fevret aku tidur atas lantai.Banyak syiokk
Setelah bergolek aku akan menggeliat kemudian mengambil masa sehingga 15 minit untuk duduk dari posisi kuak lentang dan gaya bebas.10 minit untuk bergerak ke bilik air dan seterusnya mandi kecebur sana sini.Air je bunyi pung pang pung pang ,tapi mandi koboi je, koboi mandi bersih sikit dari gua. Dan solat.Tapi perkara asas tetap dilakukan seperti gosok gigi dan lain-lain.Jangan risau,kebersihan asas tetap dijaga

SEKARANG...
Bila bangun terus ke bilik air,jangan mimpi boleh menggeliat sakan.Jangan harap boleh kuak lentang sementara,walaupun seminit terbaring di atas tilam,gua akan dilibas tuala takpun mendengar tembakan M-16  bertalu-talu menjerit namaku menyuruh gua bangun awal ke tempat kerja. Bukan ke sekolah ye,tapi ke tempat kerja.Dalam masa 5 minit dah siap mandi,itu pasti. Berus gigi,syampu kejadah semua sekali jalan,ada dua tangan rasa macam ada sepuluh tangan,hebat tak hebat aku ni.Jangan main gila.

DULU...
Lepak-lepak keluar jalan merempit sana sini dalam taman adalah perkara biasa sehinggakan aku dipanggil minah rempit,tapi tolong jangan percaya kerana gua hidup dengan gaya yg sihat dan gua tidak merempit,gua merempit dengan adik2 gua je naik basikal kontot,tak baik merempit dengan motor,risiko untuk mampus cepat tu tinggi,jadi sayangi nyawa anda dan ingat orang yang tersayang

SEKARANG...
Motor pun tak ada aku jadi mati kutu dalam air penuh kelemumur tak tahu nak kemana,sudahlah kedai jauh dari rumah terceruk dekat belakang sinun. Rumah pun duk terceruk dan tersorok,tertekan betul jiwa dan raga. Mati segala buah fikiran bila duduk sini.


Serba sedikit bila gaya hidup berubah ni aku tak tahu nak kata ke arah positif ke negatif,seimbang kot rasanya sebab bila duduk sini ,kegilaan tu berkurang jadi agaklah nak serius. Serius sikit la,tapi yang negatif aku jadi bosan dengan diri sendiri sebab tak ada apa yang aku boleh buat untuk buat diri sendiri happy. Menyesal betul tak ambik lesen awal-2 . Duit kerja sebelum ni tak simpan elok2,kalau tak dah lama aku dapat lesen kereta ke motor ke,boleh aku pinjam motor abang sebelah ni buat gi merempit. Hahaha. 
Yang untungnya,jiran depan hostel gua ni abang-abangnya semua kacak belaka,katang molek. Tak ke best,hari-2 aku dok main baling batu dekat tingkap diorang,diorang pun balas balik.Tapi yang lawak tu,lepas baling masuk rumah balik ,konon-2 main sorok-sorok. 

Sekarang ni hidup agak busy,aku dah tak dan masa nak blogwalking ke blog orang,mana yang sempat je.Aku rasa macam menyampah jugak bila tengok blog aku tak ada repekan.Siapa lagi yang baca blog aku? Cube angkat bulu hidung,aku nak peluk cium korang laju-2 sebab korang masih sayang aku. Hihihihi..
Aku janji cuti dua hari nanti,jumaat dan sabtu memang aku buat semak dekat semua blog orang. hiew hiew.. Baiklah nak bersiap,nak masuk kerja.
Oh ye,minggu ni aku kerja shift malam ,seriously aku tak tidur okay. Ngantuk jangan cakap tapi tahankan jela demi duit.Kalau dapat buat OT melampau-lampau kan best,biar botak-botak kepala HR aku nak kira gaji aku. Hahaha.
Ah,bosannnnnn~ Kira addmath lagi best dari kerja macam ni doe. Seriously,adik-adik hargai zaman belajar,zaman sekolah sebab itu lebih seronok daripada kerja.
Senyum selalu :)

Aku sangat addict dengan lagu ni.

Bawa aku pergi
pacu laju laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita tak perlu kembali

by : Kaka ft Zizan

Seriously,orang kata lagu tu macam tak ada makna,tapi aku rasa something layan lagu ni.Unpredictable feeling. XD
So,aku nak tukar sikit lirik tu.

Bawa aku pergi
terbang tinggi-tinggi 
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
terbang tinggi lagi
malah kita tak perlu kembali.

by : Superqila


p/s : Dear,Mr.Superman. Could you take me away from this reality? XD

3 comments:

  1. ni nama dia baling batu sorok tangan.hahah. Nasib baik tk pecah tingkap. :)

    ReplyDelete
  2. ni bunyi mmg org busy betul ni..hee..:p

    ReplyDelete
  3. @Dosh Saleem haha. memain sikit je.. don't worry,tingkap kebal. heheh

    @mysara memang pun,letihhhh..

    ReplyDelete