WISDOM

If being beautiful is pain, don't be one

Friday, 17 February 2017

UTM ku sayang


Kebelakangan ni aku dah rasa malas nak buat apa-apa entry. Rasa macam nak set up satu account youtube lepastu aku nak membebel dalam tu. Can i just give up my studies too? I just pay all lecturers to give me A for every subject then I just graduate this year? Huhuhu.,

Semenjak sambung belajar ni, I feel like my brain isn't functioning anymore, maybe kalau dah kahwin nanti baru berfungsi sedikit otak ni. Memanjang blur. Lama sikit lepastu baru dapat grab situasi yang dah lama berlalu. Kesian tau aku asyik kena cop blur je..mak pun cakap aku ni lambat beno nak paham. cuba bagi aku kahwin, mesti tak blur dah



Sedar tak sedar, dah satu semester aku harungi di UTM. Dalam kemenyampahan dan kesakitan hati, habis jugak satu semester ber-cgpa kan 3.54 . Bolehlah tu nak hidup dalam UTM sanjungan bangsa ni. Jadi, aku macam rasa semester ni nak betul-betul la belajar, kurangkan main ke, aktif sangat ke apa ke kan memandangkan tahun lepas dah dislocated jari, tapi......... macam dah tak serik pulak . Dari start semester sampai dah seminggu ni, aku tak miss lagi pergi main vb petang. Kaki tak baik lagi pun pulun jugak main. Betul-betul tak sedar diri. Nanti silat lagi, itu lagi ini lagi. Bolehlah mereput. Macam mana nak betul-betul belajar entah. Menyembang je. Nanti study last minute macam last semester. Huhuhu. 

Dah second semester aku dekat sini, nanti mungkin aku boleh tulis entry benda lain yang lebih berilmiah. Lepas aku dapat laptop ke apa nanti kan. Aku tak mohon PTPTN sebab aku dapat YPJ. Doakanlah supaya aku lebih rajin update entry yang berilmiah dan menusuk kalbu daripada merabu meraban. Sekian, salam aku anak kandung, rimbun bernaung. Nak sambung buat assignment